Friday, July 29, 2011

Soalan: APA ITU MAKSUDNYA MENAJA LAILATUL QADR?

Sebenarnya projek ini ialah menaja para-para dhuafa untuk beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari Lailatul Qadr. Mereka akan ditaja makanan untuk iktikaf dan juga untuk sahur. Moga-moga dengan projek ini akan menggalakkan lagi mereka yang jarang beriktikaf untuk beriktikaf. Projek ini sudah dilaksanakan di tahun yang lalu di Mindanao dan Kemboja dan sangat berjaya dalam meningkatkan komitmen penduduk tempatan untuk hadir di majlis iktikaf di 10 malam terakhir Ramadan. Malah di kebanyakan tempat, mereka tidak mengamalkan majlis iktikaf ini (kalau adapun munkin di rumah sahaja), tetapi dengan adanya program ini masyarakat sangat berminat dan sedar akan kepentingan iktikaf ini.

Rasulullah SAW bersabda; " Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk nescaya untuknya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Hal itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun" (Riwayat Muslim).

Jadi tak rugi kita support mereka yang beriktikaf ini. Malah untung berganda-ganda. Jadi, apa lagi kita nak tunggu (kalau kita mampu)?

Klik LINK Projek-Projek ACT untuk keterangan lanjut dan muat turun borang penyertaan.

No comments:

Post a Comment